MATU : DIAM BUKAN BERMAKNA TIDAK PEKA TETAPI MEMERHATI - ABG SAM BERCERITA

Latest

Newsletter

JOM BACA CERITA ABG

Friday 21 July 2017

MATU : DIAM BUKAN BERMAKNA TIDAK PEKA TETAPI MEMERHATI


“Semakin lama, sudah semestinya semakin maju tetapi semakin lambat pembangunan-nya” itulah kata-kata yang dilontarkan oleh sahabat ketika berbincang apa yang akan berlaku lima tahun akan datang dengan Daerah Matu. Catatan ini catatan khas bersemberna hari kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai.   Matu (dikenali juga sebagai Mato) adalah sebuah daerah dan pekan kecil dalam bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Sebelum Bahagian Mukah diwujudkan, Matu berada di bawah bahagian Sibu berikut adalah serba sedikit lakar belakang daerah Matu.   Dalam cactan ini  ulasan dari perbincangan “berbincang apa yang akan berlaku lima tahun akan datang dengan Daerah Matu tidak dinafikan lagi banyak pembangunan dilaksanakan kerajaan sejak 50 tahun lalu, perlu diakui, banyak lagi ruang untuk diperbaiki bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada penduduk. Antara kupasan yang menarik untuk dibinacangan kita adalah seperti berikut.

Sekolah
·         Sekolah yang daif yang umurnya mencecah 51 tahun sekolah yang dibina pada tahun 1966 menurut sumber pertanyaan yang saya dapati, Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Matu. Syukur saya berkesampatan melawat sekolah lama saya, terdapat banyak perubahan antaranya jambatan yang dulu-nya kayu dah mula dibangun semula mengunakan semen. Untuk pengatahuan pembaca sekolah ini pada awal mengunakan kayu dan sedikit demi sedikit sudah ada peningkatan. Teringat zaman persekolahan dahulu jambatan-jabatan belian di sekolah tersebut pernah runtuh di sesetengah kawasan itu peristiwa dahulu. Ketika lawatan baru-baru ini saya mendengar cerita sekolah mula menawarkan aliran sains,, tidaklah pelajar-pelajar dari daerah Matu perlu berpindah sekolah untuk belajar sains harap diteruskan supaya anak-anak Matu lahirlah doctor, juruteraa yang asalnya dari Matu. Pernah peristwa beberapa tahun yang lalu berjumpa super-super senior entah tahun berapa merupakan ex student Smk Matu merupakan pemegang PhD berpendapat sama perlu adanya aliran sains dan sekolah perlulah dalam keadaan selesa seperti sekolah-sekolah di kawasan-kawasan yang lain. Bukan soal prestasi tetapi soal jumlah pelajar yang hendak belajar sains sesbuah sekolah tersebut maka jalan akhir meraka berpindah ke sekolah lain maka hilanglah permata-permata yang bijak ini.

Internet
·         Beberapa hari yang lalu saya sedari pengunaan internet mula laju untuk sesetengah penyedia perkhidmatan internet, tetapi hanya beberapa kawasan sahaja yang internet-nya laju bukan semua kawasan. Bayangkan kita bayar perkhidmatan yang ditawakan tetapi perkhidmatan yang ditawakan hanyalah sekadar ada sahaja tidak memberi kepuasan kepada penguna kawasan kami.  Apa yang sedihnya di sini internet di kawasan Matu slow slow saya boleh katakan 40% sahaja kawasan yang mempunyai internet yang ok la. Berita gembira kita lihat beberapa tahun mendatang ada di umumkan oleh ketua menteri Sarawak baru-baru ini ketika majlis ramah tamah p207 Igan mudah-mudah menjadi nyata.

Bank
·         Bank di kawasan p207 Igan hanyalah satu itu pun masih memerlukan perkidmatan terbaik untuk orang-orang kawasan sekitarnya, Gambaran orang yang berada di daerah Matu perlu ke Daro untuk mengambil wang kalau tidak mempunyai wang meraka perlu ke Sibu atau Mukah untuk mengambil Wang. Di kawasan dearah Matu dan Daro hanya terdapat 2 ATM sahaja dengan jumlah penduduk yang ramai kot2 habis dalam beberapa minit sahaja duit dalam ATM tersebut. Syukur adalah cawangan kecik ejen-ejen tu boleh lah juga keluarkan duit. Masalah terbesar adalah perniaga ONLINE internet slow n bank  hanya satu sahaja di Matu dan Daro. Itu sahaja yang saya Nampak kesian kot hujung bulan beratur panjang pula tup2 ATM abis duit kena tunggu pula. Situasi tersebut apa yang saya Nampak depan MATA saya sendiri.

Sebenar-nya banyak lagi  isu anataranya perhubungan, Masalah air, kepimpinan, tanah, etc..tetapi saya hanya ketegahkan tiga point sahaja yang saya nak kongsikan apa yang berlaku sekarang, berkemungkinan 5 tahun mendatang ada perubahan bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang. Mudah-mudahan lima tahun akan datang ada perubahan yang berlaku di Derah Matu.
Maka kita harus berpandangan jauh dalam usaha menangani isu kemunduran, kemiskinan dan ketepinggiran di luar bandar., Diharapkan masalah dan rungutan rakyat dapat diredakan. Jika penduduk luar bandar diabaikan dan janji pembangunan tidak dikotakan, ini akan memberi implikasi politik yang mendalam pada masa depan saya percaya benda tersebut walaupun dalam pangkah itu tetapi soal jangka masa panjang-nya kita tidak fikir apa yang berlaku lima tahun mendatang, Kawasan luar bandar adalah sebagai simpanan tetap yang sebenarnya, dengan dua per tiga daripada kerusi terletak di luar bandar. Pembangunan dan kemudahan asas tersebut bukan sahaja menjadi hak asasi kita, tetapi penting untuk melonjakkan pembangunan sosiobudaya, dan seterusnya mentransformasikan kedudukan sosioekonomi, kualiti hidup dan mentaliti kita.

SEKADAR PANDAGAN2 DAN CACATAN SEMPERNA BULAN KEMERDEKAAN SARAWAK..

Bersatu Berusaha Berbakti

1 comment: