Matu: Celik "ICT" sejauh manakah ia?? - ABG SAM BERCERITA

Latest

Newsletter

JOM BACA CERITA ABG

Thursday 27 July 2017

Matu: Celik "ICT" sejauh manakah ia??

          


     Setahun yang lalu kami berbincang tentang hala tuju pembangunan ICT untuk golongan melanau dikawasan Matu pada ketika itu kami barulah menghabis pengajian masing-masing. Ketika itu kami mempunyai azam untuk memberi kesedaran ICT kepada penduduk luar Bandar di kawasan Matu. Namun seorang demi seorang team sudah mendapatkan perkerjaan dan tinggal-lah abg sam seorang, maka program yang kami rancang terkubur begitu sahaja.  Antara sebab kami ingin membuat program pemantapan ICT dikalangan masyarakat matu adalah seperti berikut:

     Sedih apabila melihat apabila anak-anak kawasan luar Bandar menaip dan membuka software asas pun tidak tahu, Nampak kemunduran-nya, teringat satu ketika dulu program pegagihan laptop satu Malaysia sebagai salah satu alternative membangun kemahiran ICT dikalangan gologan yang kurang berpendapat untuk membeli computer. Tetapi masih ada dikalangan yang kurang masyarakat luar Bandar masih buta IT.

       Dikampung-kampung yang terpilih di kawasan Matu juga disenaraikan sebagai kampung tanpa wayar. Persoalan-nya berapa ramai kita gunakan wifi yang ditawakan oleh kawasan kampung tanpa wayar ini. Adakah servis ini mashi wujud dan adakah masyarakat luar Bandar Matu bijak mengunakan internet inilah persoalan yang kita perlu salami dikawasan luar Bandar.

       Masyarkat-masyarat luar Bandar di Matu masih belum percaya keupayaan ICT dalam apa-apa urusan terutama-nya dalam urusan Pembelian dan pembayaran atas talian, saya percaya kebanyakan masyarkat dikawasan Matu terutama-nya yang berumur kurang berpercaya dengan dunia ICT disebabkan terdapat banyak kes penipuan, maka disini kita perlu-lah didik masyarkat supaya tidak tertipu dengan jenayah teknologi Maklumat ini. Atau masalah rangkaian internet.

     Namun program yang diracangan hanyalah tinggal kata-kata, bukan tidak mampu tetapi tidak mempunyai budjet dan team yang tidak mencukupi. Tidak ada orang mahu berkerja secara percuma sahaja jika ia tidak mendatangkan hasil kepada dirinya juga sekurang-kurang berbentuk saguhati atau hadiah atas usaha dalam membangunkan bangsa sendiri bukan kerana nama tetapi penat lelah, masa dan lain-lain. Kalau bukan kita, siapa lagi hendak mengangkat martabat bangsa sendiri.


Insyallah akan datang kami cuba melaksankan benda yang dirancang dahulu supaya menjadi kenyataan,kenyataan yang abg sam tulis di atas berdasarkan pengalaman dan permerhatian abg sam sahaja.
Sekian terima kasih..






No comments:

Post a Comment