Soal cinta : Jangan Harapkan Bulan Jatuh Ke Riba - ABG SAM BERCERITA

Latest

Newsletter

JOM BACA CERITA ABG

Monday 24 July 2017

Soal cinta : Jangan Harapkan Bulan Jatuh Ke Riba



Dalam zaman yang serba maju ini, setiap manusia pastinya mendambakan jodoh yang terbaik buat mereka. Ada yang telah menanti sekian lama namun masih jua jodohnya tidak kunjung tiba. Malah makin dinanti, usia pun makin banyak lalu apa kan daya, perasaan putus asa pun kunjung tiba. Hinggakan terdetik dihati “entah siapa akan meminangku, jadi sesiapa pun yang datang akan ku terima….”

“Jodoh itu ditangan Allah. Kita kena usaha juga. Jangan harapkan bulan jatuh ke riba”.

Kata-kata ni sudah jadi sebati bagi manusia yang mencari kebenaran Dalam hidup . Dah terlalu banyak yang bertanya, kamu bila lagi tuan nak cari calon? Kadang-kadang aku tak mampu berkata, hanya dapat senyum ja. Ya, jodoh perlu diusahakan. Tapi usaha bukan semudah belajar ABC. Atau semudah lampu aladdin, digosok sambil berkata: “Hai jodohku, muncullah kau!”. Terus muncul? Jawapannya TIDAK!

Pernah mendengar Dalam satu siri ceramah yang menyebut “jodoh itu rahsia Allah” adakah ia menjadikan alasan untuk kita mendiamkan diri atau terus terlena dengan hidup seorang tanpa teman bicara Dalam hidup (secara sah) bukan secara sebaliknya. Oleh yang demikian Jodoh adalah antara perkara yang Allah rahsiakan dari diri kita. Selain jodoh, kematian juga perkara ghaib paling besar untuk kita siapkan diri hadapinya. Cuma ‘kesedapan’ maut tak dapat diceritakan berbanding ‘kesedapan’ jodoh. Sebab itu kita lebih fokuskan kepada jodoh saja.



Dalam membaca buku-buku kemanusiaan, cinta, emosi dan rohani saya bermonolog tentang hal ini : Sekurang-sekurangnya bagi saya, kalau anda menganggap begitu, anda silap. Memang di mana-mana saja kita mungkin bertemu jodoh, tapi kalau kita fikir lebih dalam, apa yang kita buat, tidak menggambarkan jodoh yang kita inginkan. Ini anatara persoalan yang selalu terbayang di minda saya apabila memikirkan hal ini [1].

Jika difikirkan diri ini saya penampilan hanyalah sederhana tetapimengharapakan jodoh yang sejuk hati memandang dari segi agamanya adalah sudah mencukupi bagi ku. Persolannya mengharapkan jodoh tanpa persediaan adakah ia membebankan? Ia adalah pekara yang sangat penting. Memberi gambaran yang jelas Dalam minda saya iaitu lelaki kalau inginkan kejar nak khawin tapi asas agama tidak mencukupi untuk menjadi pemimpin untuk keluaganya susah juga. Contohnya si x ingin berkahwin dengan si z tetapi hanya pakar Dalam bidang seksual, malahan agama kosong (0) atau tahap yang bawah. Adakah si z ini sanggup ‘berikan’ dirinya untuk si x yang hanya pakar atas katil sahaja. Dan bagimana pula kehidupan si z di alam akhirat kelak tanpa bimbingan hanya mengharapkan ketampanan si x . persoalan saya tinggalkan adakah si z mampu menjadi muslimah yang soleha atau sebaliknya [2]. Rujuk nota kaki untuk tahu apakah x dan z .

Mengharapkan jodoh tanpa persiapan hakikatnya satu penyeksaan bagi kaum laki dan perempuan. Laki kalau terlalu kejar nak kahwin tapi asas agama tak ada, tiada guna. Misalnya, si A ingin berkahwin dengan dengan gadis B. Tapi hanya pakar dalam bidang seksual, agama ZERO. Adakah gadis B sanggup ‘berikan’ dirinya untuk lelaki yang hanya pakar ‘atas katil’? Bagaimana pula kehidupan gadis itu bila di alam akhirat nanti. Tanpa bimbingan suami, dan hanya mengharapkan ketampanan lelaki, adakah gadis B mampu menjadi muslimah solehah?

Ditanya oleh rakan hanya tersenyum tipulah kalau di usia ku yang hampir menamatkan pengajian (Insya-Allah), tidak terfikir akan solan calon. Oleh itu, jawapan ini yang aku fikirkan Dalam mencari jodoh walaupun Dalam buku-buku orantalis barat dan islam ada banyak membahasankan nya tetapi reality ia sangat sukar kerana saya inginkan sesoarang yang memahami dan mempunyai cognitive abilty[3]. Tapi Dalam hati berkata Cemburu tengok kawan-kawan lain bahagia memang ada tapi biarlah aku tahan nikmat tu bila tiba masanya. Bukan memilih tapi aku inginkan seorang teman yang benar-benar jujur bukan saja untuk aku, malah untuk keluarga dan yang penting jujur untuk agama.



Ini peningatan untuk diri ku sendiri adakah anda malu bergelar single Dalam usia di tahun akhir degree (Insya-Allah) ? jawapan yang dating dari hati ini amatlah mudah ada waktu kata ya dan tidak, dalam tepoh kita single ini kita dapat lihat banyak aspek character wanita. Memberi gambaran yang jelas muslimah tetap aku hormati tetapi adakalanya gadis biasa yang berlakuan baik dan sopan dan agamanya ada. ‘Muslimah’ pula luarannya comel, tapi belakang lain jadinya. Ya, lagi tinggi keinginan untuk kenal agama, lain ujiannya. Tetapi kalau yang non muslim lagi bagus kalau ia suka mencari kebenaran tanpa kita dipaksa oleh sebab yang tidak mendatangkan kesan jangka masa panjangnya.

Pesanan kepada diri ini berfikir postif apabila setiap apa yang berlaku sama ada ia baik atau buruk kerana setiap pekara ia tidak di dating begitu sahaja kerana ia ada sebab, begitu juga lelaki dengan perempuan yang secara lumrahnya suka antara satu sama lain tetapi sangatlah sukar untuk di hujahkan kerana ia berkaitan dengan emosi. usahlah lihat pada fizikal manusia yang kamu inginkan semata-mata. Carilah permata yang mampu bawa kamu bahagia dunia akhirat, bukan bahagia ‘malam pertama’ saja. Single akan buat pergolakan jiwa terutama bagi kita lelaki. Aku tak nafikan soal tu tp jadikan pergolakan jiwa ni sebagai jalan kenal Allah, bukan enjoy semata-mata. Kalau tak di dunia, biarlah jumpa bidadari idaman kamu di akahirat kelak.

Sekian sahaja sibuk dengan penulisan project tahun akhir (Insya Allah).

Penulisan ini hanya pesanan kepada sahabat dan dri senri terutamanya, menulis assignment lalu menjadi benda lain..moga di berkati.



Menulislah untuk menyebarkan cinta sesama manusia. Menulislah untuk memberi ketenangan jiwa. Menulislah untuk menyebarkan ilmu. Menulislah untuk mencari redha Ilahi. Menulislah dalam mengejar Jannah…



Nota kaki :

[1]. Menjawab persoalan sahabat tentang cinta dan single lalu bermonolog seorang diri ketika menunggu bas.

[2] maksud x= lelaki/kaum adam dan z= wanita/kaum hawa. Cerita ini hanya gambaran semata-semata untuk kesedaran diri sendiri ketika meyesesikan satu permasalahan logic Dalam disctare math(ulang subj)-bukanlah insan yang pandai memahami math.


x

No comments:

Post a Comment